Ahad, 5 Mei 2013
NIKAH dan SANDING :)
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 2:25:00 PTG 0 ulasan
Isnin, 27 Ogos 2012
selamat hari raya ! :D
raya kali ini, kali kedua tanpa arwah AYAH, rindu padanya xperlu nak kata lah kan :D
AKTIVITI RAYA :D
# Raya Pertama :
i ) solat raya
ii ) ziarah kubur arwah ayah, nenek serta datuk ( adk bradik lain je yg pergi ).
iii ) keluarga belah arwah ayah datang beraya. ( letih ).
iv ) melawat hero kami di hospital ( patah kaki dua hari sblm raya gara2 kecuaian individu lain ).
v ) pulang ke kampung ( dekat je kt parit ibrahim majid, simpang renggam ).
# Raya kedua :
i ) sarapan pagi.
ii ) makan ubat and tido smpai petang. ( demam pulak ).
iii ) menyambut kepulangan pak uda dari amerika ( apa taknye. da 5tahun bru balik raya
iv ) atok yah orang paling sihat sekali . hoho :D
# Raya ketiga :
i ) aktiviti memasak untuk tetamu yang datang beraya.
ii ) kami ber BBQ pd belah malam bersama family smbil ber SKYPE dengan cik han and family yang berada di crotia. hewhew. ( mereka tak balik raya juga tahun ni. SEDIH ).
# Raya keempat :
i ) pak ngah masak nasi beriani berlaukkan burung puyuh n daging .SEDAP wooo.
TERbaik !!!!. rse sekali mesti nak lagi. HAHAHA !.
ii ) menyambut kedatangan encik tunang and family .( bebual macam xnak balik ). :D.
iii ) beraya ke rumah kawan2 di simpang renggam and kluang .( sampai rumah da malam pulak tu. naik moto pulak. thanks atok, bagi pinjam moto hensem. HAHA ! )
# Raya kelima :
i ) beraya bersama family ke rumah saudara2. ( baru boleh nak bergerak. raya pertama smpai raya ke empat, jem kat rumah je. hoho :D
ii ) pulang ke rumah ( my sweet home ).
# Raya keenam :
i ) beraya ke rumah encik tunang bersama family. ( sampai pong da lewat, janji sebelum jumaat . ) tp smpai da petang.
ii ) move to MELAKA with encik tunang. ( sy drive okey, dy jadi boss ddk sebelah ).
iii ) makan2 and dy balik JB.
next day, aku telah kembali bekerja dan akan start kelas pulak pada hari isnin. tapi masih mood cuti ( malas bukan main nak g kelas ).
raya kali ini, keluarga kembali berkumpul beramai2 walaupun ada yg xdpt pulang sama2 meraiknnya..antra pic raya yg dpat di ambil buat tatapan. :D
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 2:28:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 26 Julai 2012
6 ramadhan ! :)
sedar tak sedar da setahun rupanya ayah tinggalkn kami. tak mungkin dpt kami lupa kn ayah. lagi-lagi di bulan yg mulia ini. ALLAH sentiasa kuatkan hati kami untuk menghadapi masa-masa akan datang ayah. AIDILFITRI kami tidak lengkap lagi tanpa ayah. i love u ayah :)
hm. ingat lagi ayah saat ayah menghembuskan nafas terakhir. kami ahli keluarga sempat buat tahlil utk ayah walaupun kat hospital. anak ayah ni cume sempat sebut ALLAH sekali je kt telinga ayah sebab sebak sangat. apa pun, kami redha atas pemergian ayah.
semoga ALLAH sentiasa merahmati ayah, n ayah sentiasa di tempat kn di kalangan orang-orang yang beriman. doa kami sentiasa mengiringi ayah.
# Al- fatihah ayah.
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 11:56:00 PTG 2 ulasan
Rabu, 16 Mei 2012
OH hooooo SELAMAT ~
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 1:49:00 PG 0 ulasan
Khamis, 10 Mei 2012
ALAHAI PROJEK ! ~
tajuk apa lagi nak buat nie untuk final projek. hurm.. reject and trus kena reject ke ?? pening lah nak fikir. grrr !!!. tension ok. dari awal sem mengadap benda nie. tapi kena reject macam tu je. peh !. memang seronok..dalam masa dua minggu kena buat balik proposal and presentation balik. heh !. memang buang masa betul lah !.. idea. tolong lah datang. hm.
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 2:30:00 PTG 0 ulasan
Selasa, 8 Mei 2012
GEMENTAR KOT ! :D
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 10:41:00 PTG 0 ulasan
Sabtu, 17 Mac 2012
yeaaaahhh ! checkmate ! :)
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 4:35:00 PTG 0 ulasan
Rabu, 22 Februari 2012
Dari KECIK sampai BESAU :)
Yes ! aku laa yang paling manja di keluarga belah mak aku sebab aku cucu perempuan sulung. hehe :D
Adik beradik aku telah bertambah menjadi 5 orang. Tapi sekarang adik-beradik aku 9 orang, ramaikan ?? hehe.. aku di kelilingi oleh hero-hero yang macho. lalalala..
Gambar ni di ambil skitar tahun 90-an. Ketika kami menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sweetkn ??. Gembira je semua merai kan hari raya. Tengok laa abang aku yang pakai baju hijau tu. Tersenyum lebar beliau.
hehe :)
Ini pulak masa aku tadika kemas kat Kg. Mohd Amin, Simpang Renggam. haha ! cuba teka mana 1 aku ?.. hee :) Kawan-kawan aku ni semua da terpisah. sedih kn ?.. kebanyakkan semua da lost. haish.bila laa dapat kumpul balik macam dalam gambar ni kan. hm. tapi semua memang comel kan ?? hee :)
Nie pulak sewaktu berada di tingkatan dua. Keluar dengan kawan. tapi sekarang mereka nie sorang dekat kedah, sorang dekat terengganu, sorang dekat Kulai and aku pulak in Melaka. huhu :) terpisah lagi kami nie. Apa pun, kami still kontek sampai sekarang :)
Lepas je aku habis sijil, aku terus je dapat kerja jadi pelukis pelan bangunan, syok bermain dengan AUTOCADD je. Tapi jodoh aku kat company tu sekejap je sebab masalah majikan aku. Malas aku nak cakap, menyakitkan hati je tau. hehe :)
Lepas je aku berhenti kerja dekat syarikat tu, beberapa hari lepas tu, aku dapat kerja kat PTP, gelang patah. Company jepun (JST Connector ). Walaupun kerja cuma sebagai operator, tapi pengalaman yang aku dapat cukup banyak, lagi syok kerja kat sini berbanding kerja dekat ofis. Mengacau orang adalah hobi aku. hehe :) Abang-abang techinion semua baik-baik belaka..Terharu bila nak berhenti kerja. mereka buat jamuan perpisahan. adoi..sedih sangat. Memang sayang korang laa.
HAHA ! sambil menyelam minum air. Sebelum berhenti kerja and continue study, aku bertunang. Semua terkejutkan ?? tak sangka kami akan bertunang. Doakan kebahagiaan kami. AMIN.
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 10:08:00 PTG 0 ulasan
Ahad, 19 Februari 2012
seorang ayah ~
Lebih menyedihkan apabila beliau telah menemui penciptanya pada 6 Ramadhan 2011. Tapi, ALHAMDULILLAH sebelum beliau meninggal, kami adik beradik sempat bergilir-gilir menjaga beliau di hospital walaupun ketika itu terpaksa mengambil cuti kerja."Terima kasih YA ALLAH kerana memberi kami peluang menjaga dan merawat beliau ketika saat- saat terakhir kematian ayahanda kami". Sewaktu beliau menghadapi kematian, kami sekeluarga sempat buat tahlil sehinggakan penghuni di wad tersebut sayu memandang. Aq sempat mngajar beliau mngucap wlpn aq terlalu sedih. ALHAMDULILLAH, aq diberi kesempatan :)
Dicatat oleh aisyah.jamhari :) di 7:23:00 PTG 0 ulasan


















