BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 5 Mei 2013

NIKAH dan SANDING :)

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi,majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada 01/03/13 jam 03.38 pm menjadi tarikh dan saat yang paling istimewa dlm hidup aku dan dia. Siapa dia tu. haaaa !. ni lah dia . Penyeri dan Penyempurna hidup aku di dunia. Semoga hingga ke SYURGA. InsyaALLAH. :)


Ada yang kata, aku terlalu muda untuk masuk ke alam rumah tangga, tapi bagi kami, kami akhiri zaman bujang awal sebab tak nak ada kata-kata yang tak sedap di dengar. Biasa laa, mulut orang kan. huhu :)

Sedar tak sedar sebenarnya majlis kami berjalan selama tiga hari berturut-turut. Letih jangan cerita lah. :)
Majlis persandingan kami diadakan pada 03/03/13. Alhamdulillah. dengan berlangsungnya majlis ini, keluarga kami yang berada jauh diperantauan semuanya balik ke Simpang Renggam, Johor.


Majlis berikutnya pada 10/03/13 di Taman Perindustrian Sri Sulong. Majlis Sambut Menantu ini sangat meriah dengan tetamu-tetamu yang hadir. Kami mengenakan pakaian serba biru :)


Semoga hubungan kami kekal abadi sampai SYURGA. Terima Kasih Ya Allah kerana Kurniakan aku seorang lelaki yang sangat simple , sangat penyabar, sangat penyayang, bertanggungjawab, menjadi imam solatku, mampu membimbing aku menegakkan agamamu. Dia lah kawan, dia laa BFF dan dia laa suami yang terbaik yang kau kurniakan kepada aku. Alhamdulillah :)



Isnin, 27 Ogos 2012

selamat hari raya ! :D

raya kali ini, kali kedua tanpa arwah AYAH, rindu padanya xperlu nak kata lah kan :D

AKTIVITI RAYA :D

# Raya Pertama :
 i ) solat raya                  
 ii ) ziarah kubur arwah ayah, nenek serta datuk ( adk bradik lain je yg pergi ).
iii ) keluarga belah arwah ayah datang beraya. ( letih ).
iv ) melawat hero kami di hospital ( patah kaki dua hari sblm raya gara2 kecuaian individu lain ).
v ) pulang ke kampung ( dekat je kt parit ibrahim majid, simpang renggam ).

# Raya kedua :
i ) sarapan pagi.
ii ) makan ubat and tido smpai petang. ( demam pulak ).
iii ) menyambut kepulangan pak uda dari amerika ( apa taknye. da 5tahun bru balik raya
iv ) atok yah orang paling sihat sekali . hoho :D


# Raya ketiga :
i ) aktiviti memasak untuk tetamu yang datang beraya.
ii ) kami ber BBQ pd belah malam bersama family smbil ber SKYPE dengan cik han and family yang berada di crotia. hewhew. ( mereka tak balik raya juga tahun ni. SEDIH ).


# Raya keempat :
i ) pak ngah masak nasi beriani berlaukkan burung puyuh n daging .SEDAP wooo.
    TERbaik !!!!. rse sekali mesti nak lagi. HAHAHA !.
ii ) menyambut kedatangan encik tunang and family .( bebual macam xnak balik ). :D.
iii ) beraya ke rumah kawan2 di simpang renggam and kluang .( sampai rumah da malam pulak tu. naik moto pulak. thanks atok, bagi pinjam moto hensem. HAHA ! )

# Raya kelima :
i ) beraya bersama family ke rumah saudara2. ( baru boleh nak bergerak. raya pertama smpai raya ke empat, jem kat rumah je. hoho :D
ii ) pulang ke rumah ( my sweet home ).
     
# Raya keenam :
i ) beraya ke rumah encik tunang bersama family. ( sampai pong da lewat, janji sebelum jumaat . ) tp smpai da petang.
ii ) move to MELAKA with encik tunang. ( sy drive okey, dy jadi boss ddk sebelah ).
iii ) makan2 and dy balik JB.

next day, aku telah kembali bekerja dan akan start kelas pulak pada hari isnin. tapi masih mood cuti ( malas bukan main nak g kelas ).

raya kali ini, keluarga kembali berkumpul beramai2 walaupun ada yg xdpt pulang sama2 meraiknnya..antra pic raya yg dpat di ambil buat tatapan. :D

abang, mak n aku :D

ini pak uda. sentiasa nmpak cool and still hansome okey :D
( ni laa orang jauh yang kami smbut tu ).

ini keluarga besar sy. pic sblm melawat hero kami di hospital. :D
                  



Khamis, 26 Julai 2012

6 ramadhan ! :)

sedar tak sedar da setahun rupanya ayah tinggalkn kami. tak mungkin dpt kami lupa kn ayah. lagi-lagi di bulan yg mulia ini. ALLAH sentiasa kuatkan hati kami untuk menghadapi masa-masa akan datang ayah. AIDILFITRI kami tidak lengkap lagi tanpa ayah. i love u ayah :)
hm. ingat lagi ayah saat ayah menghembuskan nafas terakhir. kami ahli keluarga sempat buat tahlil utk ayah walaupun kat hospital. anak ayah ni cume sempat sebut ALLAH sekali je kt telinga ayah sebab sebak sangat. apa pun, kami redha atas pemergian ayah.
semoga ALLAH sentiasa merahmati ayah, n ayah sentiasa di tempat kn di kalangan orang-orang yang beriman. doa kami sentiasa mengiringi ayah.

# Al- fatihah ayah.

Rabu, 16 Mei 2012

OH hooooo SELAMAT ~

selamat hari lahir sayang . nanti dah besar jadi lah orang yang berguna ya, mulut kau yang banyak cakap tu buat kami rasa rindu bila berjauhan . Aku memang selalu marah kau sebab kau nakal sangat. dengan mak boleh lah kau nak mengada-ngada. dengan aku, mintak maaf lah. melampau memang tangan kat muka sebab dari kecik kami tak pernah nak mengada-ngada. Arwah ayah sangat tegas ok !. Walaupun aku kengkadang buli kau. tapi kau tetap adik aku yang aku sayang. :)


Khamis, 10 Mei 2012

ALAHAI PROJEK ! ~

tajuk apa lagi nak buat nie untuk final projek. hurm.. reject and trus kena reject ke ?? pening lah nak fikir. grrr !!!. tension ok. dari awal sem mengadap benda nie. tapi kena reject macam tu je. peh !. memang seronok..dalam masa dua minggu kena buat balik proposal and presentation balik. heh !. memang buang masa betul lah !.. idea. tolong lah datang. hm.

Selasa, 8 Mei 2012

GEMENTAR KOT ! :D

woooo haaaaa ! dah semester 5 baru rasa takut tunggu result final exam keluar. Ni la semester membunuh. huh ! ..macam mana nk steady kan hati ni. Tu laa. main-main lagi belajar. hah !. tu lah makannya. HAHA ! semoga tak da lah paper sangkut. klau tak. memang cipta sejarah lah jawabnya ada paper kena ambil dua kali. HOHOHO ! :D

Sabtu, 17 Mac 2012

yeaaaahhh ! checkmate ! :)





Alahai. da macam apa aku main chess tadi. HAHA ! lawak gila. tak penah aku first round dah kalah. Dah la peserta tunggal perempuan. HAHA ! Tapi tak pa laa. Yang penting aku berani apa sahut cabaran walaupun kena lawan budak lelaki. :) .

yelaa. da dua tahun aku stop main, last main dengan ayah. Dengan beliau memang laa aku tak boleh lawan, konfirm aku kalah. kalau menang pun, sekali dua ja..hoho :) tapi segala nya tinggal kenangan, ayah dah takda nak layan aku main chess lagi. ALLAH lebih sayangkan beliau, RINDU saat tu :) dalaa. semoga ayah dalam kerahmatannya. AMIN..

Teringat masa kat teknik, aku punya akak senior nama beliau IZYAN, haha. memang lawak antarabangsa laa lawan dia. Aku ja yang kena marah dengan dy. kan kak izyan  kan ??? hewhewhew :) sampai aku dapat gelaran CHECKMATE dari dia..HOHOHO :) apa punya akak laa dia ni. hehe. kat sekolah pun panggil aku nama tu, dah budak kelas dia kenal aku dengan nama tu. tapi kat teknik laa. sekarang tak tau la ingat lagi ke tak. saya rindu saat tu kak IZYAN ! :)  lalalala ~

Banyak kenangan main chess ni. dari sekolah rendah sampai sekarang :) hewhew :D