BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 5 Mei 2013

NIKAH dan SANDING :)

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi,majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada 01/03/13 jam 03.38 pm menjadi tarikh dan saat yang paling istimewa dlm hidup aku dan dia. Siapa dia tu. haaaa !. ni lah dia . Penyeri dan Penyempurna hidup aku di dunia. Semoga hingga ke SYURGA. InsyaALLAH. :)


Ada yang kata, aku terlalu muda untuk masuk ke alam rumah tangga, tapi bagi kami, kami akhiri zaman bujang awal sebab tak nak ada kata-kata yang tak sedap di dengar. Biasa laa, mulut orang kan. huhu :)

Sedar tak sedar sebenarnya majlis kami berjalan selama tiga hari berturut-turut. Letih jangan cerita lah. :)
Majlis persandingan kami diadakan pada 03/03/13. Alhamdulillah. dengan berlangsungnya majlis ini, keluarga kami yang berada jauh diperantauan semuanya balik ke Simpang Renggam, Johor.


Majlis berikutnya pada 10/03/13 di Taman Perindustrian Sri Sulong. Majlis Sambut Menantu ini sangat meriah dengan tetamu-tetamu yang hadir. Kami mengenakan pakaian serba biru :)


Semoga hubungan kami kekal abadi sampai SYURGA. Terima Kasih Ya Allah kerana Kurniakan aku seorang lelaki yang sangat simple , sangat penyabar, sangat penyayang, bertanggungjawab, menjadi imam solatku, mampu membimbing aku menegakkan agamamu. Dia lah kawan, dia laa BFF dan dia laa suami yang terbaik yang kau kurniakan kepada aku. Alhamdulillah :)