BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Ogos 2012

selamat hari raya ! :D

raya kali ini, kali kedua tanpa arwah AYAH, rindu padanya xperlu nak kata lah kan :D

AKTIVITI RAYA :D

# Raya Pertama :
 i ) solat raya                  
 ii ) ziarah kubur arwah ayah, nenek serta datuk ( adk bradik lain je yg pergi ).
iii ) keluarga belah arwah ayah datang beraya. ( letih ).
iv ) melawat hero kami di hospital ( patah kaki dua hari sblm raya gara2 kecuaian individu lain ).
v ) pulang ke kampung ( dekat je kt parit ibrahim majid, simpang renggam ).

# Raya kedua :
i ) sarapan pagi.
ii ) makan ubat and tido smpai petang. ( demam pulak ).
iii ) menyambut kepulangan pak uda dari amerika ( apa taknye. da 5tahun bru balik raya
iv ) atok yah orang paling sihat sekali . hoho :D


# Raya ketiga :
i ) aktiviti memasak untuk tetamu yang datang beraya.
ii ) kami ber BBQ pd belah malam bersama family smbil ber SKYPE dengan cik han and family yang berada di crotia. hewhew. ( mereka tak balik raya juga tahun ni. SEDIH ).


# Raya keempat :
i ) pak ngah masak nasi beriani berlaukkan burung puyuh n daging .SEDAP wooo.
    TERbaik !!!!. rse sekali mesti nak lagi. HAHAHA !.
ii ) menyambut kedatangan encik tunang and family .( bebual macam xnak balik ). :D.
iii ) beraya ke rumah kawan2 di simpang renggam and kluang .( sampai rumah da malam pulak tu. naik moto pulak. thanks atok, bagi pinjam moto hensem. HAHA ! )

# Raya kelima :
i ) beraya bersama family ke rumah saudara2. ( baru boleh nak bergerak. raya pertama smpai raya ke empat, jem kat rumah je. hoho :D
ii ) pulang ke rumah ( my sweet home ).
     
# Raya keenam :
i ) beraya ke rumah encik tunang bersama family. ( sampai pong da lewat, janji sebelum jumaat . ) tp smpai da petang.
ii ) move to MELAKA with encik tunang. ( sy drive okey, dy jadi boss ddk sebelah ).
iii ) makan2 and dy balik JB.

next day, aku telah kembali bekerja dan akan start kelas pulak pada hari isnin. tapi masih mood cuti ( malas bukan main nak g kelas ).

raya kali ini, keluarga kembali berkumpul beramai2 walaupun ada yg xdpt pulang sama2 meraiknnya..antra pic raya yg dpat di ambil buat tatapan. :D

abang, mak n aku :D

ini pak uda. sentiasa nmpak cool and still hansome okey :D
( ni laa orang jauh yang kami smbut tu ).

ini keluarga besar sy. pic sblm melawat hero kami di hospital. :D
                  



Khamis, 26 Julai 2012

6 ramadhan ! :)

sedar tak sedar da setahun rupanya ayah tinggalkn kami. tak mungkin dpt kami lupa kn ayah. lagi-lagi di bulan yg mulia ini. ALLAH sentiasa kuatkan hati kami untuk menghadapi masa-masa akan datang ayah. AIDILFITRI kami tidak lengkap lagi tanpa ayah. i love u ayah :)
hm. ingat lagi ayah saat ayah menghembuskan nafas terakhir. kami ahli keluarga sempat buat tahlil utk ayah walaupun kat hospital. anak ayah ni cume sempat sebut ALLAH sekali je kt telinga ayah sebab sebak sangat. apa pun, kami redha atas pemergian ayah.
semoga ALLAH sentiasa merahmati ayah, n ayah sentiasa di tempat kn di kalangan orang-orang yang beriman. doa kami sentiasa mengiringi ayah.

# Al- fatihah ayah.

Rabu, 16 Mei 2012

OH hooooo SELAMAT ~

selamat hari lahir sayang . nanti dah besar jadi lah orang yang berguna ya, mulut kau yang banyak cakap tu buat kami rasa rindu bila berjauhan . Aku memang selalu marah kau sebab kau nakal sangat. dengan mak boleh lah kau nak mengada-ngada. dengan aku, mintak maaf lah. melampau memang tangan kat muka sebab dari kecik kami tak pernah nak mengada-ngada. Arwah ayah sangat tegas ok !. Walaupun aku kengkadang buli kau. tapi kau tetap adik aku yang aku sayang. :)


Khamis, 10 Mei 2012

ALAHAI PROJEK ! ~

tajuk apa lagi nak buat nie untuk final projek. hurm.. reject and trus kena reject ke ?? pening lah nak fikir. grrr !!!. tension ok. dari awal sem mengadap benda nie. tapi kena reject macam tu je. peh !. memang seronok..dalam masa dua minggu kena buat balik proposal and presentation balik. heh !. memang buang masa betul lah !.. idea. tolong lah datang. hm.

Selasa, 8 Mei 2012

GEMENTAR KOT ! :D

woooo haaaaa ! dah semester 5 baru rasa takut tunggu result final exam keluar. Ni la semester membunuh. huh ! ..macam mana nk steady kan hati ni. Tu laa. main-main lagi belajar. hah !. tu lah makannya. HAHA ! semoga tak da lah paper sangkut. klau tak. memang cipta sejarah lah jawabnya ada paper kena ambil dua kali. HOHOHO ! :D

Sabtu, 17 Mac 2012

yeaaaahhh ! checkmate ! :)





Alahai. da macam apa aku main chess tadi. HAHA ! lawak gila. tak penah aku first round dah kalah. Dah la peserta tunggal perempuan. HAHA ! Tapi tak pa laa. Yang penting aku berani apa sahut cabaran walaupun kena lawan budak lelaki. :) .

yelaa. da dua tahun aku stop main, last main dengan ayah. Dengan beliau memang laa aku tak boleh lawan, konfirm aku kalah. kalau menang pun, sekali dua ja..hoho :) tapi segala nya tinggal kenangan, ayah dah takda nak layan aku main chess lagi. ALLAH lebih sayangkan beliau, RINDU saat tu :) dalaa. semoga ayah dalam kerahmatannya. AMIN..

Teringat masa kat teknik, aku punya akak senior nama beliau IZYAN, haha. memang lawak antarabangsa laa lawan dia. Aku ja yang kena marah dengan dy. kan kak izyan  kan ??? hewhewhew :) sampai aku dapat gelaran CHECKMATE dari dia..HOHOHO :) apa punya akak laa dia ni. hehe. kat sekolah pun panggil aku nama tu, dah budak kelas dia kenal aku dengan nama tu. tapi kat teknik laa. sekarang tak tau la ingat lagi ke tak. saya rindu saat tu kak IZYAN ! :)  lalalala ~

Banyak kenangan main chess ni. dari sekolah rendah sampai sekarang :) hewhew :D

Rabu, 22 Februari 2012

Dari KECIK sampai BESAU :)

Syoknye di waktu kecil. Manje nye dengan keluarga. Waktu ni kami baru 4orang adik beradik. hehehe :)
Time ni aku sorang je gurl.
Yes ! aku laa yang paling manja di keluarga belah mak aku sebab aku cucu perempuan sulung. hehe :D
 Adik beradik aku telah bertambah menjadi 5 orang. Tapi sekarang adik-beradik aku 9 orang, ramaikan ?? hehe.. aku di kelilingi oleh hero-hero yang macho. lalalala..
Gambar ni di ambil skitar tahun 90-an. Ketika kami menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sweetkn ??. Gembira je semua merai kan hari raya. Tengok laa abang aku yang pakai baju hijau tu. Tersenyum lebar beliau. 
hehe :)
Ini pulak masa aku tadika kemas kat Kg. Mohd Amin, Simpang Renggam. haha ! cuba teka mana 1 aku ?.. hee :) Kawan-kawan aku ni semua da terpisah. sedih kn ?.. kebanyakkan semua da lost. haish.bila laa dapat kumpul balik macam dalam gambar ni kan. hm. tapi semua memang comel kan ?? hee :)
 Nie pulak sewaktu berada di tingkatan dua. Keluar dengan kawan. tapi sekarang mereka nie sorang dekat kedah, sorang dekat terengganu, sorang dekat Kulai and aku pulak in Melaka. huhu :) terpisah lagi kami nie. Apa pun, kami still kontek sampai sekarang :)
Aktiviti akhir tingkatan empat semasa di SMT Tanjung Puteri, JB..Kami bercuti ke Cameron Higland. hehe. Syok giler laa :) Yang tengah-tengah ni sekarang da jadi ustazah and yang lagi sorang tu setiausaha gitu. amboi, tercapai cita-cita mereka. bahagia aku. Cita-cita aku nak jadi engineer laa pulak. tapi xtaw laa boleh ke tak. hehe :)
Time ni saja-saja je posing, baru lepas buat persembahan silat untuk hari kokurikulum kalau tak silap. kan muka tengah penat ni. hehe :) sempat lagi kn ?
Lepas je habis SPM, aku terus je continue dekat Akademi Binaan Malaysia (ABM) dalam kos Lanskaping Construction selama 6 bulan. Jenuh tau nak habis kan tu. huhu :) Kami ni budak-budak yang baik and dikenali ramai kat ABM. lalalala ~
 Habis je dekat ABM, aku terus dapat tawaran sambung belajar dekat Politeknik Kota Melaka. Tapi sekarang da tukar nama Politeknik Melaka. Aku sambung kos Sijil Kejuruteraan Awam. Orang kata susah kos nie, tapi bagi aku, selagi kita tak hadap, selagi tu kita tak tau susah ke senang. hehe :) Bukan nak belagak, tapi aku mampu habis kan SIJIL ni tanpa carry satu paper pun. HAHA ! aku mampu buktikan aku boleh buat and sahut cabaran.


Lepas je aku habis sijil, aku terus je dapat kerja jadi pelukis pelan bangunan, syok bermain dengan AUTOCADD je. Tapi jodoh aku kat company tu sekejap je sebab masalah majikan aku. Malas aku nak cakap, menyakitkan hati je tau. hehe :)
Lepas je aku berhenti kerja dekat syarikat tu, beberapa hari lepas tu, aku dapat kerja kat PTP, gelang patah. Company jepun (JST Connector ). Walaupun kerja cuma sebagai operator, tapi pengalaman yang aku dapat cukup banyak, lagi syok kerja kat sini berbanding kerja dekat ofis. Mengacau orang adalah hobi aku. hehe :) Abang-abang techinion semua baik-baik belaka..Terharu bila nak berhenti kerja. mereka buat jamuan perpisahan. adoi..sedih sangat. Memang sayang korang laa. 
 HAHA ! sambil menyelam minum air. Sebelum berhenti kerja and continue study, aku bertunang. Semua terkejutkan ?? tak sangka kami akan bertunang. Doakan kebahagiaan kami. AMIN.


Now. aku sedang menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik yang sama macam aku ambil sijil dulu. Doakan kejayaan aku untuk menghabiskan DIPLOMA ni. hehe :)
Sekian.





Ahad, 19 Februari 2012

seorang ayah ~


Benar la hidup ini hanya ALLAH beri pinjam seketika buat kita. Gambar ini diambil sekitar dua minggu  sebelum beliau meninggal dunia menyahut seruan penciptanya. Walaupun ketika itu, seluruh umat islam sedang menyambut awal Ramadhan, kami sekeluarga hanya mampu menahan sebak kerana kesihatan beliau sangat merunsingkan. 
Lebih menyedihkan apabila beliau telah menemui penciptanya pada 6 Ramadhan 2011. Tapi, ALHAMDULILLAH sebelum beliau meninggal, kami adik beradik sempat bergilir-gilir menjaga beliau di hospital walaupun ketika itu terpaksa mengambil cuti kerja."Terima kasih YA ALLAH kerana memberi kami peluang menjaga dan merawat beliau ketika saat- saat terakhir kematian ayahanda kami". Sewaktu beliau menghadapi kematian, kami sekeluarga sempat buat tahlil sehinggakan penghuni di wad tersebut sayu memandang. Aq sempat mngajar beliau mngucap wlpn aq terlalu sedih. ALHAMDULILLAH, aq diberi kesempatan :)
Sewaktu beliau dikebumikan, adik- adik yang masih kecil, menangis di tepi kubur, sedihnya hati org2 yg memandang kami adik beradik. Kami terpaksa berlaku tabah di hadapan adk2 yg msih kcil, memujuk sehingga talkin hendak dibacakan. Sayunya hati kami dan saat itu, terasa insaf dan sentiasa ingat akan kematian. Al-Fatihah buat ayahanda tersayang Jamhari bin Kadir. Semoga beliau sentiasa dalam kerahmatannya dan ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin,