BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 19 Februari 2012

seorang ayah ~


Benar la hidup ini hanya ALLAH beri pinjam seketika buat kita. Gambar ini diambil sekitar dua minggu  sebelum beliau meninggal dunia menyahut seruan penciptanya. Walaupun ketika itu, seluruh umat islam sedang menyambut awal Ramadhan, kami sekeluarga hanya mampu menahan sebak kerana kesihatan beliau sangat merunsingkan. 
Lebih menyedihkan apabila beliau telah menemui penciptanya pada 6 Ramadhan 2011. Tapi, ALHAMDULILLAH sebelum beliau meninggal, kami adik beradik sempat bergilir-gilir menjaga beliau di hospital walaupun ketika itu terpaksa mengambil cuti kerja."Terima kasih YA ALLAH kerana memberi kami peluang menjaga dan merawat beliau ketika saat- saat terakhir kematian ayahanda kami". Sewaktu beliau menghadapi kematian, kami sekeluarga sempat buat tahlil sehinggakan penghuni di wad tersebut sayu memandang. Aq sempat mngajar beliau mngucap wlpn aq terlalu sedih. ALHAMDULILLAH, aq diberi kesempatan :)
Sewaktu beliau dikebumikan, adik- adik yang masih kecil, menangis di tepi kubur, sedihnya hati org2 yg memandang kami adik beradik. Kami terpaksa berlaku tabah di hadapan adk2 yg msih kcil, memujuk sehingga talkin hendak dibacakan. Sayunya hati kami dan saat itu, terasa insaf dan sentiasa ingat akan kematian. Al-Fatihah buat ayahanda tersayang Jamhari bin Kadir. Semoga beliau sentiasa dalam kerahmatannya dan ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin,



0 ulasan: